Tuesday 3 April 2012

Terima Kasih Ya ALLAH…


Firman Allah :
“ Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman” [Ali-Imran:139]

Satu sahaja saya buat sahabat yg sentiasa di sisi..
saya kuat kerana adanya kalian..

Buat sahabat2 serumah & sekolej saya..

Kita letih kan sahabat? Kita penat kan? Kdg2 kepenatan mengundang perbalahan  antara kita..  Kdg keletihan membuatkan kita sukar untuk berlapang dada.. tapi ketahuilah sahabat, tegak kukuhnya kaki saya di jalan ini adalah kerana adanya kalian, tegarnya jiwa ini melawan tuntutan hati adalah dengan sokongan kalian, teguran yg lahir dari bibir saya adalah hanya untuk ke arah kesempurnaan diri ini dan kalian..
Ya, jalan kita berbeza dengan yang lain.. Usah rasa lemah sahabat, usah tumbang sahabat kerana kita memang  sememangnya yakin bahawa keletihan kita adalah infak untuk agama Allah yg tercinta.. Biarlah apa mereka kata, pedulikan pandangan mereka kepada kita, usah rebah dengan jolokan kata-kata manusia kerana kita tahu



“KITA BERBEZA DARI MEREKA”

Kita ada Allah bersama…

No comments:

Post a Comment