Thursday 5 April 2012

Sahabat


Sahabat sekalian …saya ingin memohon jutaan kemaafan andaikata diri ini tidak mampu membantu dalam mengharmonikan ‘ persahabatan di jalan Allah ini’. Saya sedar Rasulullah pernah bersabda :

خير اصابك من ساعدك عند الشدة

Maksudnya : “ Sebaik-baik sahabat kamu ialah orang yang menolong kamu ketika
                                                Kesusahan.”

Adakalanya , kita dilupakan dan dilalaikan  hinggakan kita lupa siapa kawan dan siapa sahabat … kita mengerti susahnya mencari sahabat yang sejati , kerana itu “ hargailah nilai setiap perkenalan itu kerana ia akan membuahkan persahabatan yang suci.”
   
Bak kata pujangga .” Persahabatan yang sejati membawa kepada kerinduan yang abadi.”Walaupun kita tiada ikatan kekeluargaan , tetapi ikatan aqidah menyebabkan perhubungan ini lebih besar nilaian daripada ikata darah daging. Cintailah Allah … Cintai Rasulullah .. Cintai Ibu Bapa Insya Allah kita akan dicintai oleh segenap makhluk di muka bumi ini…

No comments:

Post a Comment