Tuesday 2 October 2012

"Petani dan kebun ukhrawi"


Ada seorang petani tua
Berjalan perlahan menggenggam tongkat
Wajahnya santai nampak ceria
Disimbah cahaya mentari dhuha

Petani itu melihat di kejauhan
Sekeping tanah sarat menghijau
Tak terusik, terlindung, membelukar

Tak semena-mena
Terukir senyum di bibir merekah
Diangkat kaki cuba melangkah
Tongkat digenggam menambah gagah

Datang seorang anak muda
Menyapa, bertanya, mahu ke mana
Dijawab ceria si petani tua,Ke tanah itu, masa depanku

Si anak muda tuntas ketawa
Apa untukmu di tanah itu
Belukar tebal mengelilingi
Tanah tak pernah dicuit manusia
Jin dan setan bergolek bertendang

Petani tua senyum sahaja
Tanah ini penuh potensi
Terlindung tanda suci isinya
Tak terusik daki manusia
Belukar di luar berlian di dalam
Siapa teroka dialah empunya

Aku ini petani tua
Ingin punya kebun sendiri
Anak muda kau tak mengerti
Wajah tanah kebun ukhrawi

Biar lanjut umurku sekarang
Belakang bongkok janggut pun perang
Dengan asbab kebunku ini
Amalku kan panjang bertali-tali

FINAL!!!!!

JADUAL SEM 4


1/11/12  2.30 PM    MATE 4

4/11/12   9.00 AM   INSTITUSI2 ISLM

4/11/12   2.30 AM  VB

6/11/12   9.00 PM   PPO

6/11/12   2.30 PM   RANGKAIAN KOMPTER

10/11/12   9.00 AM  SADAM

kata2 smngat utk final

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkanKetabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.


“Kita manusia sebenarnya tidak ada apa2, tiada daya & upaya, melainkan kehendak Allah.
Segala-gala milik Allah termasuk kejayaan & kegagalan kita.
Allah Maha Adil – kita minta & tiada yang mutahil bagi Allah. Kemudian Allah akan tunjukkan jalan kejayaan & kejayaan yang kita kecapi adala dengan izin Allah, bukan usaha kita. Kita hanya perlu work hard & pray double hard.”

ma,wan,abang2ku,adikku dan saudara seislamku semua doakan ku, ampunkan sgala dosa2 ku pada kalian smua... 

"GooD LucK Smua"

Monday 24 September 2012

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu



1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'

Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'

Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'

Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'

Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'

Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru, termasuklah:

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'

Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'

Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'

Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'

Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com

Monday 17 September 2012

TIDUR DALAM SUNNAH

Tidur Sebagai Satu Diantara Tanda Kekuasaan Allah Azza wa Jalla.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

ومن ءاياته منامكم بالليل والنهار وابتغآؤكم من فضله إن في ذلك لأيات لقوم يسمعون 

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya adalah tidurmu diwaktu malam dan siang hari serta usahamu mencari sebagian dari karuniaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar". [Ar-Rum: 23]

Syaikh Abdur Rahman Bin Nashir As Sa'di berkata ketika menafsirkan ayat di atas, "Tidur merupakan satu bentuk dari rahmat Allah sebagaimana yang Ia firmankan.

ومن رحمته جعل لكم الليل والنهار لتسكنوا فيه ولتبتغوا من فضله ولعلكم تشكرون 

"Dan kerana rahmatNya, Dia jadikan untuk kamu malam dan siang, supaya kamu berehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karuniaNya (pada siang hari) dan supaya kamu bersyukur". [Al-Qashahs: 73].

Maka berdasarkan kesan buruk daripada kesempurnaan hikmahNya, Dia menjadikan seluruh aktiviti makhluk berhenti pada suatu masa (yakni pada malam hari) supaya mereka berehat pada waktu tersebut, dan kemudian mereka berpencar pada waktu yang lain (yakni pada siang hari) untuk berusaha mendapatkan kemashlatan dunia dan akhirat . Hal yang demikian itu tidak akan sempurna berlangsung kecuali dengan adanya pergantian siang dan malam.Dan Zat Yang Maha Kuasa menetapkan semua itu tanpa bantuan siapapun, Dialah yang berhak disembah "[1]

Jadi tidak hanya sebagai rutintas semata-mata, tidur juga merupakan satu wujud dari rahmatNya nan luas dan kemahakuasanNya yang sempurna. Padanya disimpan hikmah dan kemashlahatan bagi para makhluk. Tidur juga merupakan satu simbol akan kekuasaanNya untuk membangkitkan makhluk selepas Ia mematikan mereka.

Setidaknya tidur mempunyai dua manfaat penting, sebagaimana yang dituturkan Ibnul Qayyim rahimahullah dalam Zaadul Maad.

Pertama: Untuk menenangkan dan merehatkan tubuh setelah beraktivitas.Sebagaimana firman Allah.

وجعلنا نومكم سباتا 

"Dan Kami jadikan tidur kamu untuk berehat". [An-Naba: 9]

Kedua: Untuk menyempurnakan proses pencernaan makanan yang telah masuk ke dalam tubuh. Kerana pada waktu tidur, panas alami badan meresap ke dalam tubuh sehingga membantu mempercepatkan proses pencernaaan.

TELADAN RASULULLAH DALAM MASALAH TIDUR
Pola tidur seseorang memiliki sumbangan cukup penting bagi aktivitinya secara keseluruhan.

Kebiasaan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tentang waktu tidur adalah teladan terbaik.Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam tidaklah tidur melampaui batas yang diperlukan oleh tubuh, tidak juga menahan diri untuk berehat sesuai keperluan. Inilah prinsip pertengahan yang Beliau ajarkan. Selaras dengan fitrah manusia. Jauh dari sikap ifrath (berlebih-lebihan) ataupun tafrith (mengurangkan atau meremehkan).

Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam biasa tidur pada awal malam dan bangun pada pertengahan malam. Pada sebahagian daripada dijelaskan, Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam tidur berbaring di atas rusuk kanan Baginda. Terkadang Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam tidur terlentang dengan meletakkan salah satu kakinya di atas yang lain. Sesekali Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam letakkkan telapak tangannya di bawah pipi kanan Beliau.Kemudian Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam berdoa. Satu catatan penting juga, Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam tidaklah tidur dalam keadaan perut penuh berisi makanan.

Diantara doa yang Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam ajarkan untuk dibaca sebelum tidur adalah sebagaimana yang tertuang dalam hadis berikut.

عن البراء بن عازب, أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال: ((إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة, ثم اضطجع على شقك الأيمن, ثم قل: اللهم إني اسلمت نفسي إليك, ووجهت وجهي إليك, و فوضت أمري إليك و ألجأت ظهري إليك رغبة و رهبة إليك لا ملجأ و لا منجا منك إلا إليك, أمنت بكتابك الذي أنزلت و بنبيك الذي أرسلت و اجعلهن آخر كلامك فإن مت من ليلتك مت على الفطرة)) 

"Dari al-Bara bin Azib, bahawa Rasululah bersabda," Jika engkau hendak menuju pembaringanmu, maka berwudhulah seperti engkau berwuduk untuk solat, kemudian berbaringlahlah di rusukmu sebelah kanan lalu ucapkanlah doa: "Ya Allah sesungguhnya aku menyerahkan jiwaku hanya kepadaMu, kuhadapkan wajahku kepadaMu, kuserahkan segala urusanku hanya kepadamu, kusandarkan punggungku kepadaMu semata-mata, dengan harap dan cemas kepadaMu, aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan, dan kepada nabi yang Engkau utus "dan hendaklah engkau jadikan doa tadi sebagai penutup dari pembicaranmu malam itu. Maka jika enkau meninggal dunia pada malam itu nescaya engkau meninggal di atas fitrah "[2]

Berkenaan dengan hadis di atas, Syaikh Salim Al-Hilali berkomentar, "Lafazh-lafaz doa merupakan hal yang bersifat tauqifiyah (tidak boleh ditetapkan kecuali dengan dalil), lafaz tersebut mempunyai kekhususan tersendiri dan rahsia-rahsia yang tidak dapat dimasuki oleh qiyas. Maka wajib menjaga lafaz tersebut seperti apa yang datang dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Oleh kerana itu ketika al-Bara tersalah mengucapkan, "و برسولك الذي أرسلت" Maka Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam membetulkannya dengan berkata, "Bukan begitu [3], و بنبيك الذي أرسلت" 

Posisi berbaring seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas adalah kedudukan tidur terbaik yang sangat bermanfaat bagi tubuh. Kerana pada kedudukan condong ke kanan, makanan berada dalam perut dengan stabil sehingga proses pencernaan berlangsung lebih berkesan.

Adapun tentang posisi tidur yang dilarang, hadis berikut akan menjelaskan kepada kita.

عن يعيش بن طخفة الغفاري رضي الله عنه قال: قال أبي بينما أنا مضطجع في المسجد على بطني إذا رجل يحركني برجله فقال ((إن هذه ضجعة يبغضها الله)) قال فنظرت, فإذا رسول الله 

"Dari Ya'isy bin Thihfah ia berkata," Ayahku berkata, "Ketika aku berbaring (menelungkup) di atas perutku di dalam masjid, tiba-tiba ada seseorang yang menggoyangkan tubuhku dengan kakinya lantas ia berkata," Sesungguhnya cara tidur seperti ini dibenci Allah "Ia berkata," Akupun melihatnya ternyata orang itu adalah Rasululullah "[4]

Syaikh Salim Al-Hilali menandaskan dalam Bahjatun Nazhirin, tidur menelungkup di atas perut adalah haram hukumnya. Ia juga merupakan cara tidur ahli neraka.

Dan dalam hadis lain Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam juga melarang kita tidur dengan posisi sebahagian tubuh terkena matahari dan sebahagiannya lagi tidak.

Dari Abi Hurairah Radhiyallahu 'anhu ia berkata, Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda.

إذ كان أحدكم في الشمس فقلص عنه الظل, فصار بعضه في الشمس و بعضه في الظل فليقم 

"Jika salah seorang diantara kamu berada di bawah matahari, kemudian bayangan beringsut darinya sehingga sebahagian tubuhnya berada di bawah matahari dan sebahagiannya lagi terlindung bayangan, maka hendaklah dia berdiri (maksudnya tidak tetap berada di tempat tersebut)" [5]

Tentang tidur siang, sebahagian ulama ada yang membaginya ke dalam tiga kategori:

Pertama: Tidur siang pada tengah hari saat matahari bersinar terik. Tidur ini biasa dilakukan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.

Kedua: Tidur pada waktu dhuha. Tidur ini sebaiknya ditinggalkan, kerana membuat kita malas serta lalai untuk berusaha meraih kemashlatan dunia dan akhirat

Ketiga: Tidur pada waktu Asar. Ini merupakan waktu tidur yang paling jelek.

Sebahagian salaf juga membenci tidur waktu pagi. Ibnu Abbas pernah mendapati puteranya tidur pada pagi hari, lantas ia berkata kepadanya, "Bangunlah, apakah engkau tidur pada saat rezeki diedar?"

Oleh kerana itu sebaiknya tidur pagi ini ditinggalkan kecuali kerana ada satu alasan yang menuntut. Kerana tidur pagi ini memberikan kesan negatif bagi tubuh berupa tertimbunnya sisa-sisa makanan di dalam perut yang seharusnya terurai dengan bersenam juga menimbulkan pelbagai penyakit.

Di atas telah disinggung bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tidur pada awal malam dan bangun pada pertengahan malam. Beliau bangun ketika mendengar ayam jantan berkokok dengan memuji Allah dan berdoa.

الحمد الله الذي أحيانا بعد ما أماتنا و إليه النشور 

"Segala puji bagi Allah Yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepadanya seluruh makhluk kan dibangkitkan" [6]

Lalu Baginda bersiwak kemudian berwuduk dan solat. Satu tatacara yang memberikan hak bagi fizikal serta jiwa manusia sekaligus. Kerana rehat yang cukup akan memulihkan kekuatan tubuh dan menopang kita agar dapat beraktivitas dan beribadah dengan baik.Adapun solat, merupakan aktiviti ritual yang akan memberikan ketenangan bagi jiwa.

Dalam satu hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

من تعار من الليل فقال حين يستيقظ: لا إله الله وحده لا شريك له, له الملك و له الحمد يحيي و يميت, بيده الخير و هو على كل شيء قدير, سبحان الله و الحمد لله ولا إله إلا الله و الله أكبر و لا حول و لا قوة إلا بالله, ثم قال: اللهم اغفر لي أودعا استجيب له, فإن قام فتوضأ ثم صلى قبلت صلاته 

"Barangsiapa bangun pada malam hari, kemudian ia berdoa," Tiada illah yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata, tiada sekutu baginya, milikNyalah segala kerajaan dan pujian, Yang Maha menghidupkan dan mematikan, di tangannyalah segenap kebaikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji bagiNya dan tiada illah yang berhak disembah kecuali Allah, Allah Maha Besar, tiada daya serta upaya melainkan dengan pertolongan Allah "kemudian setelah itu berdoa," Ya Allah ampunilah aku "ataupun doa yang selain itu, nescaya dikabulkan doanya. Kemudian apabila ia bangkit berwudhu lalu solat maka akan diterima solatnya, "[7]

Sekiranya kita mengkaji lembar-lembar sunnah nescaya kita kan mendapatkan petunjuk Rasulullah yang sempurna bagi umatnya. Tidak akan ada yang mengingkarinya kecuali orang yang memiliki sifat nifaq dan hasad dalam hatinya.Beliau telah memberikan teladan bagaimana kita meraih keredhaan ilahi dalam setiap detik dari hidup kita, walaupun dalam masalah tidur.
Maka sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam

Sunday 16 September 2012






::✿ KALAU SEKARANG kamu sedang memperbaiki diri, InsyaAllah jodohmu juga sedang memperbaiki diri dan kalau sekarang kamu sedang menjaga hati, dia juga SEDANG MANJAGA HATI.✿


✿peringatan untuk diri dan kengkawan.. smoga kita smua mndapat jodoh yg soleh dan solehah....

Wednesday 12 September 2012


Tanpa disedari perbuatan pencegahan mungkar menjadi bekerjasama dengan Syaitan... sila baca...
Pernah pada suatu hari,aku berdialog dengan seorang pemuda yang mengikuti aliran ‘pelampau’ dalam memahami Islam (Golongan Mutasyaddid) dan aku bertanya padanya :

“Perbuatan mengebom pusat hiburan yang beroperasi pada malam hari yang wujud
di Negara-negara Umat Islam Halal atau Haramkah hukum?”

Anak muda itu pun menjawab kepadaku : “Ya,sudah pasti ianya Halal! Membunuh mereka yang berada di dalamnya juga Halal hukumnya!”

Aku bertanya lagi padanya : “Apakah kesudahan mereka sekiranya ketika engkau membunuh mereka itu mereka berada dalam keadaan sedang melakukan maksiat pada Allah?"

Pemuda itu lantas menjawab : “Pastilah Neraka buat mereka!”

Aku teruskan pertanyaanku padanya : “Ke manakah Syaitan bermatlamat untuk membawa mereka?

Dia menjawab : “Sudah semestinyalah matlamat Syaitan untuk membawa mereka ke Neraka!”

Lantas aku pun berkata padanya : “Kalau begitu,kumpulan kamu dan Syaitan sedang bekerjasama untuk mencapai matlamat yang satu – iaitu memasuk dan menjerumuskan manusia ke dalam Neraka!”

Aku sebutkan padanya Hadith Rasulullah S.A.W : Ketika lalunya jenazah seorang Yahudi di hadapan Rasulullah S.A.W maka Baginda S.A.W pun menangis.

Lalu ditanyakan kepada Baginda S.A.W : Apakah yang telah membuatkan Engkau menangis wahai Rasulullah S.A.W?

Baginda S.A.W menjawab : “Satu nyawa telah terlepas dariku dan telah pergi ke neraka”.

Aku nyatakan pada anak muda itu : “Lihatlah perbezaan yang amat ketara antara kamu semua dengan Baginda Rasulullah S.A.W yang bersungguh-sungguh berusaha untuk menyampaikan Hidayah kepada manusia dan menyelamatkan mereka dari api Neraka!

Sesungguhnya kamu sedang berada di satu lembah dan Kekasih Agung Junjungan kita Rasulullah S.A.W pula berada di lembah yang lain dari kumpulanmu!"

Sunday 9 September 2012

ღ(。◕‿◕。)ღ MASA ღ(。◕‿◕。)ღ



masaedit
Pengurusan Masa
Pengurusan masa adalah penting kerana masa adalah aset yang bernilai dalam hidup manusia. Semua perkara bergantung kepada ketentuan masa sama ada memberi keuntungan atau kerugian. Dengan itu pepatah ada mengatakan bahawa 'masa itu emas'.
Kepentingan Masa
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: 
 Maksudnya:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]
Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara:
1) Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya.
2)Melaksanakan amal salih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya.
3) Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah.
4) Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah.

Jangan Suka Bertangguh-tangguh
Budaya "Esok Masih Ada" hendaklah dibuang daripada diri seorang insan yang bergelar  dalam mengejar kecemerlangan diri serta kecemerlangan negara. Bertangguh dalam melaksanakan sebarang tugas adalah tidak digalakkan dan akan merugikan masa seseorang.
Berhubung dengan masa juga pepatah Arab ada menyebut, maksudnya: “Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu.”
Seorang penyair Arab al-Syarif al-Murtadha berkata: “Kita mengagumi setiap hari yang berlalu, sedang hari yang berlalu itu sebenarnya makin menyusutkan umur kita.”

Memanfaatkan Masa Di DuniaManusia akan memungut dan menuai hasil di akhirat daripada tanaman yang diusahakan di dunia. Manusia ditanyakan di akhirat kelak terhadap segala amalan yang dilakukan sepanjang tempoh umurnya di dunia.
Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Tidak akan melangkah seseorang hamba itu pada Hari Kiamat hingga ditanyakan mengenai apa yang dihabiskan dalam umurnya, apa yang dilakukan menurut ilmunya, ke arah mana hartanya di usahakannya dan dibelanjakan serta apa yang dibuat oleh tubuh badannya terhadap segala ujian dan tanggungjawab.”(Hadis riwayat at-Tirmizi).

Masa Tidak Akan Di Sia-siakanMalah orang-orang yang beriman tidak akan membiarkan setiap keuntungan berlalu sia-sia
dan tidak pula berhajat mengundang apa - apa kerugian. Mana-mana ruang kesempatan
yang baik, sudah pasti direbutinya. Mereka akan sentiasa berpegang kepada pesanan Rasulullah S.A.W sepertimana maksud hadisnya: " Rebutlah (pergunakanlah) lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain iaitu:
i) Masa hidup sebelum mati
ii) Masa sihat sebelum sakit
iii) Masa lapang sebelum sibuk
iv) Masa muda sebelum tua
v) Masa kaya sebelum fakir."
Pernah Rasulullah S.A.W ditanya: "Manakah suatu manusia yang baik, Maka jawab baginda:
Siapa yang umurnya panjang, serta baik amalnya."

KesimpulanMenghargai  masa dalam Islam adalah tanda keimanan. Ketepatan waktu dan kepentingannya dalam pengurusan adalah perkara yang tidak perlu dihuraikan lagi.
Tidak kira dalam apa-apa aspek sekalipun, kita perlu mendahului masa atau paling kurang menepatinya. Manfaatkanlah hidup kita sebaik mungkin kerana sedetik yang berlalu tidak akan berulang. Ingatlah, setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.