Kebanyakan kita mengatakan bahawa suara wanita adalah aurat. Namun ia
menjadi khilaf di kalangan para ulamak.
Allah SWT berfirman di dalam al-Quran surah al-Ahzab yang bermaksud:
"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti
mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu, janganlah
kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing)
kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam
hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan
kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."
Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa suara wanita bukan
aurat sebagai mana yang ditulis di dalam kitabnya Ihya' Ulumul Din muka surat
248 jilid yang kedua. Beliau berkata suara wanita bukanlah aurat kecuali
apabila dia menyanyi.
Imam Al-Qurtubi di dalam tafsirannya (Tafsir Al-Qurtubi) dalam
mentafsirkan ayat di atas berpendapat suara wanita bukan aurat kecuali bila
dimerdukan, dilunakkan dan dimanja-manjakan di hadapan lelaki ajnabi.
Dr. Athuya Saqar dan Dr. Yusuf Al-Qardawi juga berpendapat sedemikian.
(Aurat itu Mahkota Wanita)
No comments:
Post a Comment