Siapa
kata jadi perempuan itu senang?
Perlu
tutup sana, tutup sini,
Cuba
lihat budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tidak bising.
Perempuan.
Stoking perlu pakai.
Cuba
suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari.
Pasti
menangis air mata darah, kerana tidak tahan bertutup semua.
Tetapi,
perempuan sentiasa sabar. Tengah panas masih boleh lagi memakai jubah.
Hebatkan
perempuan?
Siapa
kata jadi perempuan itu senang?
Tiap-tiap
bulan, mesti ada penyakit. Hendak pergi kelas pun susah.
Kalau
boleh, masa tengah jalan merasakan hendak meraung kerana kesakitan.
Cuba
lihat budak lelaki , mereka nampak gembira. Kadang-kadang setahun sekali pun
susah dapat sakit, tetapi sekali sakit, merungut bagai tidak ingat dunia.
Tetapi,
perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, masih
boleh tersenyum menyimpan kesakitan yang dialaminya.
Hebatkan
perempuan?
Siapa
kata jadi perempuan itu senang?
Hati
ini Allah S.W.T jadikan sangat lembut.
Hati
cepat sensitif.
Cuba
lihat orang putus cinta. Kebiasaannya perempuan yang paling susah hendak lupa.
Lelaki
selepas putus cinta cepat mencari pasangan baru.
Cuba
pergi wayang tengok cerita Hindustan, siapa yang paling teruk menangis?
Perempuan
bukan? Lelaki masih boleh ketawa.
Sungguh
lembut hati perempuan. Tetapi dengan hati yang lembut itu perempuan dapat
mengkagumkan lelaki. Hebat tidak perempuan?
Siapa
kata jadi perempuan itu senang?
Apabila
hendak keluar ke mana-mana, sentiasa ketakutan. Kerana berita asyik-asyik
keluar cerita orang kena rogol, kena culik.
Lelaki
pukul dua pagi masih boleh keluar minum kopi tengok bola.
Siapa
kata jadi perempuan itu senang?
Jika
dirogol, perempuan disalahkan kata tidak jaga pakaian,
Apabila
buang anak, perempuan disalahkan cakap berhati binatang,
Apabila
buat salah sikit, kena marah dengan suami,
Apabila
bising terlebih, kena label perempuan tidak sopan
Betapa
susah hendak jadi perempuankan?
Disebabkan
susahnya hendak jadi perempuan inilah, ramai perempuan yang merajuk dengan
Allah.
Mereka
berkata, Allah S.W.T tidak adil.
Mengapa
AllahS.W.T lebihkan lelaki?
Mengapa
perempuan perlu dengar cakap suami?
Mengapa
syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Walhal
jadi perempuan itu sangatlah susah. Bak kata orang, hendak jaga sepuluh anak
lelaki, tidak susah seperti menjaga seorang anak perempuan.
Disebabkan
perasaan negatif pada Allah S.W.T ini, ramai perempuan di luar sana yang
ditolak.
Mereka
pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak
payah tutup pun!'
Mereka
berani bertepuk tampar dengan lelaki. Mereka sanggup gadaikan diri mereka
kerana percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati.
Kasihan
pada mereka bukan?
Disebabkan
fikiran yang negatif terhadap Allah S.W.T, mereka sanggup rosakkan diri mereka.
Mereka
berkata mereka lakukan seperti itu kerana Allah S.W.T tidak adil.
Persoalannya
sekarang,adakah benar Allah S.W.T tidak adil pada perempuan?
Betul,
syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.
Tetapi,
cuba ingat kembali, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa
jika bukan pada kaki ibunya?
Betul,
isteri kena ikut cakap suami.
Tetapi,
seorang anak lelaki perlu taat pada ibunya tiga kali lebih utama daripada
ayahnya.
Tidak
adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?
Allah
bukan setakat adil, tetapi Allah itu sangat sayang pada perempuan.
Untuk
lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya.
Jika
paling banyak lelaki ada empat orang isteri.
Cuma
ada empat orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki itu.
Tetapi
perempuan, ditakdirkan ada lima belas orang anak lelaki.
Bermakna
ada lima belas orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan itu.
Masya-Allah,
hebatnya perempuan bukan?
Mengapa
perempuan hebat?
Kerana
kasih sayang Allah S.W.T yang menjadikan kita hebat!
Cuba
didengari pula lagu-lagu yang berkumandang pada radio.
Banyak
lagu berkaitan perempuan bukan?
Jarang
kita dengar lagu berkaitan lelaki.
Sayang
sungguh Allah S.W.T itu pada perempuan, hingga perempuan dikasihi seperti itu
sekali di dunia ini.
Lihat
pula apabila seorang lelaki berjaya.
Orang
akan berkata, 'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang
perempuan di belakangnya.'
Kita
tidak pernah dengar orang berkata, 'Disebalik kejayaan seorang
perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya.'
Sungguh
hebat Allah S.W.T jadikan perempuan itu.
Masih
tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?
Hakikatnya,
Allah S.W.T terlampau adil pada perempuan.
Disebabkan
susahnya hendak menjadi perempuan ini, perempuan senang hendak masuk syurga.
Berdasarkan satu hadis :
"Apabila seorang perempuan mendirikan
sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat
kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia
sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
Tidak
adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?
Oh
perempuan, sedarlah.
Betapa
sayangnya Allah S.W.T pada kita. Betapa cintanya Allah S.W.T pada
kita.
Tetapi,
mengapa kita rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tidak
berasas pada Allah S.W.T?
Allah
S.W.T jadikan perempuan itu sebagai hiasan dunia.
Bayangkan,
dunia yang besar ini, dunia yang cantik ini, kita jadi hiasannya.
Seindah-indah
hiasan itu adalah wanita solehah.
Betapa
ruginya kita sekiranya ditolak menjadi seindah-indah perhiasan dunia bukan?
No comments:
Post a Comment