Tuesday, 2 October 2012

"Petani dan kebun ukhrawi"


Ada seorang petani tua
Berjalan perlahan menggenggam tongkat
Wajahnya santai nampak ceria
Disimbah cahaya mentari dhuha

Petani itu melihat di kejauhan
Sekeping tanah sarat menghijau
Tak terusik, terlindung, membelukar

Tak semena-mena
Terukir senyum di bibir merekah
Diangkat kaki cuba melangkah
Tongkat digenggam menambah gagah

Datang seorang anak muda
Menyapa, bertanya, mahu ke mana
Dijawab ceria si petani tua,Ke tanah itu, masa depanku

Si anak muda tuntas ketawa
Apa untukmu di tanah itu
Belukar tebal mengelilingi
Tanah tak pernah dicuit manusia
Jin dan setan bergolek bertendang

Petani tua senyum sahaja
Tanah ini penuh potensi
Terlindung tanda suci isinya
Tak terusik daki manusia
Belukar di luar berlian di dalam
Siapa teroka dialah empunya

Aku ini petani tua
Ingin punya kebun sendiri
Anak muda kau tak mengerti
Wajah tanah kebun ukhrawi

Biar lanjut umurku sekarang
Belakang bongkok janggut pun perang
Dengan asbab kebunku ini
Amalku kan panjang bertali-tali

FINAL!!!!!

JADUAL SEM 4


1/11/12  2.30 PM    MATE 4

4/11/12   9.00 AM   INSTITUSI2 ISLM

4/11/12   2.30 AM  VB

6/11/12   9.00 PM   PPO

6/11/12   2.30 PM   RANGKAIAN KOMPTER

10/11/12   9.00 AM  SADAM

kata2 smngat utk final

“Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan”“Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”


“Kita manusia sebenarnya tidak ada apa2, tiada daya & upaya, melainkan kehendak Allah.
Segala-gala milik Allah termasuk kejayaan & kegagalan kita.
Allah Maha Adil – kita minta & tiada yang mutahil bagi Allah. Kemudian Allah akan tunjukkan jalan kejayaan & kejayaan yang kita kecapi adala dengan izin Allah, bukan usaha kita. Kita hanya perlu work hard & pray double hard.”

ma,wan,abang2ku,adikku dan saudara seislamku semua doakan ku, ampunkan sgala dosa2 ku pada kalian smua... 

"GooD LucK Smua"

Monday, 24 September 2012

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu



1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'

Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'

Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'

Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'

Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'

Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru, termasuklah:

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'

Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'

Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'

Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'

Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com

Monday, 17 September 2012

TIDUR DALAM SUNNAH

Tidur Sebagai Satu Diantara Tanda Kekuasaan Allah Azza wa Jalla.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

ومن ءاياته منامكم بالليل والنهار وابتغآؤكم من فضله إن في ذلك لأيات لقوم يسمعون 

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya adalah tidurmu diwaktu malam dan siang hari serta usahamu mencari sebagian dari karuniaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar". [Ar-Rum: 23]

Syaikh Abdur Rahman Bin Nashir As Sa'di berkata ketika menafsirkan ayat di atas, "Tidur merupakan satu bentuk dari rahmat Allah sebagaimana yang Ia firmankan.

ومن رحمته جعل لكم الليل والنهار لتسكنوا فيه ولتبتغوا من فضله ولعلكم تشكرون 

"Dan kerana rahmatNya, Dia jadikan untuk kamu malam dan siang, supaya kamu berehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karuniaNya (pada siang hari) dan supaya kamu bersyukur". [Al-Qashahs: 73].

Maka berdasarkan kesan buruk daripada kesempurnaan hikmahNya, Dia menjadikan seluruh aktiviti makhluk berhenti pada suatu masa (yakni pada malam hari) supaya mereka berehat pada waktu tersebut, dan kemudian mereka berpencar pada waktu yang lain (yakni pada siang hari) untuk berusaha mendapatkan kemashlatan dunia dan akhirat . Hal yang demikian itu tidak akan sempurna berlangsung kecuali dengan adanya pergantian siang dan malam.Dan Zat Yang Maha Kuasa menetapkan semua itu tanpa bantuan siapapun, Dialah yang berhak disembah "[1]

Jadi tidak hanya sebagai rutintas semata-mata, tidur juga merupakan satu wujud dari rahmatNya nan luas dan kemahakuasanNya yang sempurna. Padanya disimpan hikmah dan kemashlahatan bagi para makhluk. Tidur juga merupakan satu simbol akan kekuasaanNya untuk membangkitkan makhluk selepas Ia mematikan mereka.

Setidaknya tidur mempunyai dua manfaat penting, sebagaimana yang dituturkan Ibnul Qayyim rahimahullah dalam Zaadul Maad.

Pertama: Untuk menenangkan dan merehatkan tubuh setelah beraktivitas.Sebagaimana firman Allah.

وجعلنا نومكم سباتا 

"Dan Kami jadikan tidur kamu untuk berehat". [An-Naba: 9]

Kedua: Untuk menyempurnakan proses pencernaan makanan yang telah masuk ke dalam tubuh. Kerana pada waktu tidur, panas alami badan meresap ke dalam tubuh sehingga membantu mempercepatkan proses pencernaaan.

TELADAN RASULULLAH DALAM MASALAH TIDUR
Pola tidur seseorang memiliki sumbangan cukup penting bagi aktivitinya secara keseluruhan.

Kebiasaan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tentang waktu tidur adalah teladan terbaik.Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam tidaklah tidur melampaui batas yang diperlukan oleh tubuh, tidak juga menahan diri untuk berehat sesuai keperluan. Inilah prinsip pertengahan yang Beliau ajarkan. Selaras dengan fitrah manusia. Jauh dari sikap ifrath (berlebih-lebihan) ataupun tafrith (mengurangkan atau meremehkan).

Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam biasa tidur pada awal malam dan bangun pada pertengahan malam. Pada sebahagian daripada dijelaskan, Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam tidur berbaring di atas rusuk kanan Baginda. Terkadang Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam tidur terlentang dengan meletakkan salah satu kakinya di atas yang lain. Sesekali Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam letakkkan telapak tangannya di bawah pipi kanan Beliau.Kemudian Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam berdoa. Satu catatan penting juga, Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam tidaklah tidur dalam keadaan perut penuh berisi makanan.

Diantara doa yang Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam ajarkan untuk dibaca sebelum tidur adalah sebagaimana yang tertuang dalam hadis berikut.

عن البراء بن عازب, أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال: ((إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة, ثم اضطجع على شقك الأيمن, ثم قل: اللهم إني اسلمت نفسي إليك, ووجهت وجهي إليك, و فوضت أمري إليك و ألجأت ظهري إليك رغبة و رهبة إليك لا ملجأ و لا منجا منك إلا إليك, أمنت بكتابك الذي أنزلت و بنبيك الذي أرسلت و اجعلهن آخر كلامك فإن مت من ليلتك مت على الفطرة)) 

"Dari al-Bara bin Azib, bahawa Rasululah bersabda," Jika engkau hendak menuju pembaringanmu, maka berwudhulah seperti engkau berwuduk untuk solat, kemudian berbaringlahlah di rusukmu sebelah kanan lalu ucapkanlah doa: "Ya Allah sesungguhnya aku menyerahkan jiwaku hanya kepadaMu, kuhadapkan wajahku kepadaMu, kuserahkan segala urusanku hanya kepadamu, kusandarkan punggungku kepadaMu semata-mata, dengan harap dan cemas kepadaMu, aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan, dan kepada nabi yang Engkau utus "dan hendaklah engkau jadikan doa tadi sebagai penutup dari pembicaranmu malam itu. Maka jika enkau meninggal dunia pada malam itu nescaya engkau meninggal di atas fitrah "[2]

Berkenaan dengan hadis di atas, Syaikh Salim Al-Hilali berkomentar, "Lafazh-lafaz doa merupakan hal yang bersifat tauqifiyah (tidak boleh ditetapkan kecuali dengan dalil), lafaz tersebut mempunyai kekhususan tersendiri dan rahsia-rahsia yang tidak dapat dimasuki oleh qiyas. Maka wajib menjaga lafaz tersebut seperti apa yang datang dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Oleh kerana itu ketika al-Bara tersalah mengucapkan, "و برسولك الذي أرسلت" Maka Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam membetulkannya dengan berkata, "Bukan begitu [3], و بنبيك الذي أرسلت" 

Posisi berbaring seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas adalah kedudukan tidur terbaik yang sangat bermanfaat bagi tubuh. Kerana pada kedudukan condong ke kanan, makanan berada dalam perut dengan stabil sehingga proses pencernaan berlangsung lebih berkesan.

Adapun tentang posisi tidur yang dilarang, hadis berikut akan menjelaskan kepada kita.

عن يعيش بن طخفة الغفاري رضي الله عنه قال: قال أبي بينما أنا مضطجع في المسجد على بطني إذا رجل يحركني برجله فقال ((إن هذه ضجعة يبغضها الله)) قال فنظرت, فإذا رسول الله 

"Dari Ya'isy bin Thihfah ia berkata," Ayahku berkata, "Ketika aku berbaring (menelungkup) di atas perutku di dalam masjid, tiba-tiba ada seseorang yang menggoyangkan tubuhku dengan kakinya lantas ia berkata," Sesungguhnya cara tidur seperti ini dibenci Allah "Ia berkata," Akupun melihatnya ternyata orang itu adalah Rasululullah "[4]

Syaikh Salim Al-Hilali menandaskan dalam Bahjatun Nazhirin, tidur menelungkup di atas perut adalah haram hukumnya. Ia juga merupakan cara tidur ahli neraka.

Dan dalam hadis lain Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam juga melarang kita tidur dengan posisi sebahagian tubuh terkena matahari dan sebahagiannya lagi tidak.

Dari Abi Hurairah Radhiyallahu 'anhu ia berkata, Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda.

إذ كان أحدكم في الشمس فقلص عنه الظل, فصار بعضه في الشمس و بعضه في الظل فليقم 

"Jika salah seorang diantara kamu berada di bawah matahari, kemudian bayangan beringsut darinya sehingga sebahagian tubuhnya berada di bawah matahari dan sebahagiannya lagi terlindung bayangan, maka hendaklah dia berdiri (maksudnya tidak tetap berada di tempat tersebut)" [5]

Tentang tidur siang, sebahagian ulama ada yang membaginya ke dalam tiga kategori:

Pertama: Tidur siang pada tengah hari saat matahari bersinar terik. Tidur ini biasa dilakukan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.

Kedua: Tidur pada waktu dhuha. Tidur ini sebaiknya ditinggalkan, kerana membuat kita malas serta lalai untuk berusaha meraih kemashlatan dunia dan akhirat

Ketiga: Tidur pada waktu Asar. Ini merupakan waktu tidur yang paling jelek.

Sebahagian salaf juga membenci tidur waktu pagi. Ibnu Abbas pernah mendapati puteranya tidur pada pagi hari, lantas ia berkata kepadanya, "Bangunlah, apakah engkau tidur pada saat rezeki diedar?"

Oleh kerana itu sebaiknya tidur pagi ini ditinggalkan kecuali kerana ada satu alasan yang menuntut. Kerana tidur pagi ini memberikan kesan negatif bagi tubuh berupa tertimbunnya sisa-sisa makanan di dalam perut yang seharusnya terurai dengan bersenam juga menimbulkan pelbagai penyakit.

Di atas telah disinggung bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tidur pada awal malam dan bangun pada pertengahan malam. Beliau bangun ketika mendengar ayam jantan berkokok dengan memuji Allah dan berdoa.

الحمد الله الذي أحيانا بعد ما أماتنا و إليه النشور 

"Segala puji bagi Allah Yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepadanya seluruh makhluk kan dibangkitkan" [6]

Lalu Baginda bersiwak kemudian berwuduk dan solat. Satu tatacara yang memberikan hak bagi fizikal serta jiwa manusia sekaligus. Kerana rehat yang cukup akan memulihkan kekuatan tubuh dan menopang kita agar dapat beraktivitas dan beribadah dengan baik.Adapun solat, merupakan aktiviti ritual yang akan memberikan ketenangan bagi jiwa.

Dalam satu hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

من تعار من الليل فقال حين يستيقظ: لا إله الله وحده لا شريك له, له الملك و له الحمد يحيي و يميت, بيده الخير و هو على كل شيء قدير, سبحان الله و الحمد لله ولا إله إلا الله و الله أكبر و لا حول و لا قوة إلا بالله, ثم قال: اللهم اغفر لي أودعا استجيب له, فإن قام فتوضأ ثم صلى قبلت صلاته 

"Barangsiapa bangun pada malam hari, kemudian ia berdoa," Tiada illah yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata, tiada sekutu baginya, milikNyalah segala kerajaan dan pujian, Yang Maha menghidupkan dan mematikan, di tangannyalah segenap kebaikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji bagiNya dan tiada illah yang berhak disembah kecuali Allah, Allah Maha Besar, tiada daya serta upaya melainkan dengan pertolongan Allah "kemudian setelah itu berdoa," Ya Allah ampunilah aku "ataupun doa yang selain itu, nescaya dikabulkan doanya. Kemudian apabila ia bangkit berwudhu lalu solat maka akan diterima solatnya, "[7]

Sekiranya kita mengkaji lembar-lembar sunnah nescaya kita kan mendapatkan petunjuk Rasulullah yang sempurna bagi umatnya. Tidak akan ada yang mengingkarinya kecuali orang yang memiliki sifat nifaq dan hasad dalam hatinya.Beliau telah memberikan teladan bagaimana kita meraih keredhaan ilahi dalam setiap detik dari hidup kita, walaupun dalam masalah tidur.
Maka sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam

Sunday, 16 September 2012






::✿ KALAU SEKARANG kamu sedang memperbaiki diri, InsyaAllah jodohmu juga sedang memperbaiki diri dan kalau sekarang kamu sedang menjaga hati, dia juga SEDANG MANJAGA HATI.✿


✿peringatan untuk diri dan kengkawan.. smoga kita smua mndapat jodoh yg soleh dan solehah....✿

Wednesday, 12 September 2012


Tanpa disedari perbuatan pencegahan mungkar menjadi bekerjasama dengan Syaitan... sila baca...
Pernah pada suatu hari,aku berdialog dengan seorang pemuda yang mengikuti aliran ‘pelampau’ dalam memahami Islam (Golongan Mutasyaddid) dan aku bertanya padanya :

“Perbuatan mengebom pusat hiburan yang beroperasi pada malam hari yang wujud
di Negara-negara Umat Islam Halal atau Haramkah hukum?”

Anak muda itu pun menjawab kepadaku : “Ya,sudah pasti ianya Halal! Membunuh mereka yang berada di dalamnya juga Halal hukumnya!”

Aku bertanya lagi padanya : “Apakah kesudahan mereka sekiranya ketika engkau membunuh mereka itu mereka berada dalam keadaan sedang melakukan maksiat pada Allah?"

Pemuda itu lantas menjawab : “Pastilah Neraka buat mereka!”

Aku teruskan pertanyaanku padanya : “Ke manakah Syaitan bermatlamat untuk membawa mereka?

Dia menjawab : “Sudah semestinyalah matlamat Syaitan untuk membawa mereka ke Neraka!”

Lantas aku pun berkata padanya : “Kalau begitu,kumpulan kamu dan Syaitan sedang bekerjasama untuk mencapai matlamat yang satu – iaitu memasuk dan menjerumuskan manusia ke dalam Neraka!”

Aku sebutkan padanya Hadith Rasulullah S.A.W : Ketika lalunya jenazah seorang Yahudi di hadapan Rasulullah S.A.W maka Baginda S.A.W pun menangis.

Lalu ditanyakan kepada Baginda S.A.W : Apakah yang telah membuatkan Engkau menangis wahai Rasulullah S.A.W?

Baginda S.A.W menjawab : “Satu nyawa telah terlepas dariku dan telah pergi ke neraka”.

Aku nyatakan pada anak muda itu : “Lihatlah perbezaan yang amat ketara antara kamu semua dengan Baginda Rasulullah S.A.W yang bersungguh-sungguh berusaha untuk menyampaikan Hidayah kepada manusia dan menyelamatkan mereka dari api Neraka!

Sesungguhnya kamu sedang berada di satu lembah dan Kekasih Agung Junjungan kita Rasulullah S.A.W pula berada di lembah yang lain dari kumpulanmu!"

Sunday, 9 September 2012

ღ(。◕‿◕。)ღ MASA ღ(。◕‿◕。)ღ



masaedit
Pengurusan Masa
Pengurusan masa adalah penting kerana masa adalah aset yang bernilai dalam hidup manusia. Semua perkara bergantung kepada ketentuan masa sama ada memberi keuntungan atau kerugian. Dengan itu pepatah ada mengatakan bahawa 'masa itu emas'.
Kepentingan Masa
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: 
 Maksudnya:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]
Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara:
1) Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya.
2)Melaksanakan amal salih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya.
3) Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah.
4) Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah.

Jangan Suka Bertangguh-tangguh
Budaya "Esok Masih Ada" hendaklah dibuang daripada diri seorang insan yang bergelar  dalam mengejar kecemerlangan diri serta kecemerlangan negara. Bertangguh dalam melaksanakan sebarang tugas adalah tidak digalakkan dan akan merugikan masa seseorang.
Berhubung dengan masa juga pepatah Arab ada menyebut, maksudnya: “Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu.”
Seorang penyair Arab al-Syarif al-Murtadha berkata: “Kita mengagumi setiap hari yang berlalu, sedang hari yang berlalu itu sebenarnya makin menyusutkan umur kita.”

Memanfaatkan Masa Di DuniaManusia akan memungut dan menuai hasil di akhirat daripada tanaman yang diusahakan di dunia. Manusia ditanyakan di akhirat kelak terhadap segala amalan yang dilakukan sepanjang tempoh umurnya di dunia.
Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Tidak akan melangkah seseorang hamba itu pada Hari Kiamat hingga ditanyakan mengenai apa yang dihabiskan dalam umurnya, apa yang dilakukan menurut ilmunya, ke arah mana hartanya di usahakannya dan dibelanjakan serta apa yang dibuat oleh tubuh badannya terhadap segala ujian dan tanggungjawab.”(Hadis riwayat at-Tirmizi).

Masa Tidak Akan Di Sia-siakanMalah orang-orang yang beriman tidak akan membiarkan setiap keuntungan berlalu sia-sia
dan tidak pula berhajat mengundang apa - apa kerugian. Mana-mana ruang kesempatan
yang baik, sudah pasti direbutinya. Mereka akan sentiasa berpegang kepada pesanan Rasulullah S.A.W sepertimana maksud hadisnya: " Rebutlah (pergunakanlah) lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain iaitu:
i) Masa hidup sebelum mati
ii) Masa sihat sebelum sakit
iii) Masa lapang sebelum sibuk
iv) Masa muda sebelum tua
v) Masa kaya sebelum fakir."
Pernah Rasulullah S.A.W ditanya: "Manakah suatu manusia yang baik, Maka jawab baginda:
Siapa yang umurnya panjang, serta baik amalnya."

KesimpulanMenghargai  masa dalam Islam adalah tanda keimanan. Ketepatan waktu dan kepentingannya dalam pengurusan adalah perkara yang tidak perlu dihuraikan lagi.
Tidak kira dalam apa-apa aspek sekalipun, kita perlu mendahului masa atau paling kurang menepatinya. Manfaatkanlah hidup kita sebaik mungkin kerana sedetik yang berlalu tidak akan berulang. Ingatlah, setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Tuesday, 4 September 2012

ღ(10 Tips untuk terus kuat dalam penghijrahan)ღ



 1) hati mau kuat, azam mahu sentiasa semangat!

Bila sebut dan tekad nak berhijrah hati mesti mau semangat. macamana tuh? harus sedar diri betul2 nak berhijrah.tanam di hati. ''aku terus dengan cara lama aku rugi, sampai bila nak macamni?'' Segala amal bermula dari niat. segala niat bermula dari hati. kalo dari hati tak kuat, niat sekadar hangat2 tahi ayam (tahi ayam pun x hangat mcm tu. hihi) rasanya tempoh penghijrahan tu mungkin sekadar main celup2 jari kat air bertakung kat gayung. kenapa..? Hijrah kerana Allah, KERANA ALLAH hati pasti automatik jadi kuat. kenapa..? hati kita Dia yang cipta kan..? :) Allah suka hati2 yang kembali kepadaNya.


2)Doa senjata mukmin.

Yang ne memang takboleh tinggal. Pantang 7 keturunan mak jemah. Doa itu SENJATA. masa sedih kita doa minta kekuatan, masa happy kita doa jd hamba bersyukur. Allah kan dah firman...
"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam Keadaan hina dina".(Al-Mumin ayat 60). Doa buat hati jadi kuat. ibarat Diari kita nak luah dekat Allah.

3)Sahabat yang soleh

Kenapa..? bagaimana sahabat kita, macam tu lah kita. Ibarat minyak wangi, kalau seorang memakainya semua desekelilingnya akan merasa tempias wangian itu sekali. sahabat cermin kita. Akhlak kita dipengaruhi oleh akhlak sahabat kita. Tidak perlulah sahabat sebaik or setabah wonderpet mahupun yg hebat berpoket besaq macam doremon. ckuplah dia mnunjukkan akhlak yg baik dan mebimbing kita kejalan Allah.Jika kita ingin berhijrah, Allah akan mengirimkan hamba2 nya yang soleh untuk menemani kita dalam penghijrahan itu. mungkin ada juga kalangan kita yg tiada mampu bertemu sahabat soleh, jangan sedih sahabat. Allah itu kan sahabatmu?? :)

4)Tidak berkira2 atas setiap ajakan ke majlis ilmu.

Memang kita pun ada limit masa dan selalu sibuk. Student kena study, pekerja mmg kerja( umm, memanglah ==’’) Tapi jika sekadar ingin mencari masa rehat apa salahnya kita berkorban masa itu untuk mengisi jiwa. Orang yang dlm semangat untuk berhijrah selalunya sentiasa teruja untuk setiap peluang. Excited nak mencari2 majlis ilmu dlm masa2 terdekat. Abang senior kbm saya pernah kata Kalau Taman2 Syurga di dunia pun kita xsudi pergi,(majlis ilmu) kenapa berangan2 untuk pergi ke Taman2 Syurga di akhirat nanti? Muhasabah.Kerana pada masa itu perasaan kehausan ilmu itu membuak2 mengalahkan badai ombak rindu eron ajis. Masa nie lah untuk bagi kaw2 lagi suasana, cari suntikan semangat, cari ilmu n info semasa. Ini masa terbaik! So bila orang ajak dia akan terus Tanya bila? Dimana? Fees? Baru cek2 free x masa tu. Bukannya *umm, tengoklah dulu..’’ n diteruskan dengan alasan2 lain yang beraneka bentuk dan jenis biskut raya. Mgkin factor segan, x biasa, x berani, dan sebagainya. Tapi apa yang pasti, keterujaan thadap sesuatu benda mengatasi segala factor yg boleh menghalang. Hoh :p

5) Cari suasana tarbiyah dalam apa jua cara!

Ada yang pernah mengadu dan meluahkan rasa hati.. “ana tidak punya sahabat soleh untuk bantu ana..ana hanya bergantung kepada internet, facebook.’’ Respon saya.. Ouh. Itu sebenarnya cukup bagus sahabat! Itu cara Allah mendidik kita tanpa kita sedar. Itu suasana yang Allah nak bagi. Mungkin Allah sengaja nak bagi kita tercari2 menyelusup ke lubang2 cacing sekalipun, menggali2 sampai keletihan. Kerana Allah nak bg kita rasa betapa manisnya beroleh ilmu, betapa manisnya rasa berjuang mencari tarbiyah dan dianggap asing. Kan Rasul kita pernah kata ‘’Islam datang dalam keadaan asing, dan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah org2 yang asing’’. Cari2 suasana dalam apa jua cara. Kalo dulu suka dengar korea apa kata tukaq dengar lagu nasyid mencari2 semangat dan pengajaran dalam tu. Cari suasana. Kalo dulu facebook asyik ckp sal nak makan kat kfc, dan update hari nie aku saket, bubuh gambar muka pilih yg paling nmpak fotogenik ngan caption 'no edit',buka laman lain tengok 9gag je memanjang cr ilham nk troll org apakata p skodeng fanpage dakwah. Sana banyak je tarbiyah santai. Subscribe banyak2, so home anda xlah penuh ngan benda2 mngarot.nie asyik2 update p keyell, asyik2 update nk p keyell :P

6) Banyakkan bacaan2 ilmiah

Yang nie penting. Kenapa..? sbb awal Rasulullah s.a.w terima wahyu, Jibrail kata ‘’bacalah..’’ tengok, diawal penerimaan Islam pun nabi dh kena suh mmbaca. Takkan kita nie umat x maksum xnak baca pulak? Rajin2 kan lah tangan beli buku Tarbiyah. Kalo nak save duet pun leh jenguk2 belog orang. Dunia hujung jari Allah bagi kemudahan..,tinggal nak guna cara betol or x. Awal kunci ilmu adalah baca.. jangan lupa ye cikebom-cikebom.kalau ye pun tengah semangat nak beribadah kena cek jugak. Amal yang tiada ilmu adalah kosong. So dr ilmu kita leh tahu hikmah sesuatu ibadah. Kenapa perlu tarbiyah? Kenapa perlu itu, kenapa perlu ini? Cari jawapannya dlm pembacaan ilmiah
7) Tidak bertangguh

Yang niee raaaaaamai spesies manusia di bumi terlepas pandang. Bila malamnya dh menangis2 nak taubat dan berubah, esoknya hidup dlm cara yang sama jugak. Kenapa? Sebab BERTANGGUH. Tiada kejayaan bagi yang bertangguh. Kalo nak berubah azam kena kuat, azam yang kuat takkan bertangguh. Hari nie taubat nak tutup aurat, esoknya patutnya dh start cari tudung nak test2 pakai. Baru berubah perlahan2 lengkapkan yang lain. Ingat, syaitan x pernah bertangguh untuk hasut kita berkali2 untuk lupakan niat kita.syaitan x pernah berehat dari menyesatkan hati manusia. Lepas diri anda dh suci menangis airmata taubat, jangan bagi syaitan masuk line n buat macam tempat nie bapak dia punye.Ayuh lawan, hati kena kuat! go2!
Silapnya kita bila kita fikir masa kita masih muda, umur kita masih mentah, Kompiden bebeno Allah bg kita hidup sampai tua..Lupakah kita..? ALLAH TAK PERNAH BAGI STATEMENT: ORANG MUDA TAKKAN MATI.
8) Belajar dan mengajar

Bila kita dah semangat nak cari tarbiyah n suasana berhijrah. Sudah tentu perasaan untuk berkongsi perasaan yang sama kepada org lain itu ada. Ini peluang untuk mula taaruf dengan dakwah. Bila sudah belajar, adalah kebiasaan untuk mengajarkannya semula kepada org yang memerlukan sentuhan jiwa.Ini masa untuk kumpul saham pahala ilmu yang leh bawak masuk kubur x putus2. Once kita dah mengajar sesuatu ilmu, kita automatic akan teringin mengamalkan apa yg disampaikan dr lisan kita sdri. Disini juga kita leh bertemu manisnya berdakwah itu. Berjinak2 dengan dakwah akan mendidik kita untuk terus semangat, semangat dan semangat! Oyeh!

9) Tidak terlalu berpegang ngan statement ‘’Aku taknak jadi jahil..macam kawan2 aku..’’

Okay, kalo benar pun kita nampak betapa teruknya cara hidup kawan kita nie, adalah begitu tidak nice sgt untuk mengatakan balik2 statement ‘’kawan aku jahat..aku nak jadi baik..’’ kenapa..? sebab penghijrahan kita bukannya untuk sesiapa melainkan dia, Hai sahabat. yakinkah kita once kita dh terhijrah syurga tu komfom 100% kita akan dpt..? Dia yang memegang hati2 kita lebih tahu siapa yg terus diberi hidayah dan tidak. So baik ke, buruk ke, hakim tu adalah Dia.Kita nie sebagai hamba berjuang, bukannya menghakimi. Menegaskan konsep ini berkali2 dalam hati anda, takut syaitan cucuk2 kita jadi ujub. Apa tu ujub? Merasa diri LEBIH baik dari org lain.Rasa itu boleh merosakkan amal2 kita, niat suci kita. Ingat, iman manusia nie naik turun.kadang2 atas, kadang2 bawah. Kerja kita adalah mendoakan diri sendiri dan sahabat2 kita.Kita x tahu esok, siapa sangka kwn kita tu lg better dr kita..?
10) ISTIQAMAH

Istiqamah itu sangat penting sahabat, ramai juga yang tersungkur bertarbiyah lama, akhirnya menjadi futur. Dah tidak lagu didalam suasana beragama, dh tidak lagi rindukan ilmu, dah tidak rindu lagi mengisi jiwa. Sebab tu pentingnya mncari suasana. Berusaha untuk terus berada di dalam suasana ilmu agama,Adapun yg sudah ada suasana tanpa mencari, tetapi mensia2kan suasana yg ada. Berubah itu memang payah, tetapi Istiqamah itu lagi payah. Tapi pernahkan kita dengar Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Apaguna dapat syurga dengan senang lenang, kena ada ssuatu yg diusahakan untuk mndapat syurga itu.Bak kata org, mana ada benda free dtg bergolek bro :)
setakat nie, nie jelah yang saya boleh kongsikan, Ilmu pinjam dari Allah, Khilaf datang dr diri saya sendiri. anda, anda, anda yang tengah berhijrah yang tengah mmbaca post ini. Anda hamba Allah yg sangat kuat. Allah sedang mengintai anda merintih, mengintai anda dlm keadaan anda pedih.. Rintihan dan pengaduan yang Tuhanmu rindu2 kan itu.saya sendiri cemburu dengan org2 yg tengah berhijrah. Manisnya terlalu manis. semoga Allah menguatkan hati anda, moga post ini sedikit sbanyak dpt mmberi kkuatan hati. Uhibbuki Fillah. Wassalam